Pages

Monday, August 2, 2010

perginya tak kembali



belek-belek camera nak snap pic landskap terjupa lak pic ni..

Arwah makcik nah(xsilap aku namaya hasnah) telah kembali ke Rahmatullah kol 4.00 pg semalam (3hb ogos 2010).
arwah bukan makcik aku atau sapa2 dengan family aku yang mengikat kami sebagai saudara sbb anak arwah adalah kakak ipar aku yang sulong..

arwah sakit buah pinggang n batu karang..tp awal bulan 3 dulu die dah buat operation untuk buang batu karang ..
ingtkan lepas tu arwah akan sihat balik lah..tp rupenyer kesihatan die makin kurang..sampailah awal bulan lepas die colapse kat umah along aku kt bangi kol 11 mlm.
time tu still bole bercakap lg kuar dr hospital selayang bila balik rumah aku ingt kak long call mak bgtau kata arwah mintk nak makan jajan dah mcm budak2 plak..
mak aku kata bg jelah .die nak makan..esk subuhnya arwah dah xsedar masuk hospital serdang..start dari tulah arwah koma hanya ventilater je sambung nyawa die..
lebih 20 hari mcm tu akhirnya smlm arwah pergi selama-lamanya..

kol 11pg baru jenazah sampai dari serdang..lepas solat zohor baru mula kebumi.nasib baik puan zalina lepaskan aku pg even ada pengarah Kemas Negeri turun sbb KSU nak dtg melawat..
dah dpt g apa lgi aku blah mcm tu jek,sampai laci duit pun lupa nak kunci.walau xdpt tengok jenazah cukuplh aku dpt tunjukkn muka .

arwah yg aku kenal orgnya lemah lembut walaupun muka mcm garang tp die rajin senyum,ckp pun perlahan jek,die suka panggi aku "aye" ikut anak2 sedara aku panggi aku gtu.kalu suami die pakcik usop pandai jek sebut nama aku "ari".kalau dpt speaking jawa dengan mak aku kan main sonok dua-dua..
arwah dengan suami dialah besan mak abah aku yg rajin dtg rumah..kenduri ke,raya ker walaupun dieorg dok jauh kat sg sumun nu n xde kenderaan harap anak2 bwk berjalan.
mesti anak2 along aku rindu kt embah wedoknye sebb rumah along lah tempt arwah selalu dtg kalau ada buat check up kt IJN angah jdk rapat dengan arwah sbb biasa sgt bila dtg umah along arwah ada.tp bila die masuk sepital sekali je angah pergi tgk mak abah langsung xdpt pegi sbb adik aku pun tgh sakit teruk skang ni,tarikh adik aku mula sakit sama dengan tarikh arwah start koma..

semoga rohnyer dicucuri rahmat..
al-fatihah...

No comments:

Post a Comment